APA ITU MATA WANG

Untuk peminat2 Masdinar, tentu pernah terlintas dalam fikiran, apakah sebab disebut 'Mata Wang'? 'Matawang lama' menjadi kegilaan sdr2. 'Matawang baru' lagilah gila.... Dalam penggunaan sekarang, didapati istilah ini pernah dieja sebagai 'Matawang' atau 'Mata Wang' (perkataan berasingan). Di Indonesia ditulis 'Uang' dan pernah dieja sebagai 'Mata Oeang'. Ini berkaitan dengan ejaan lama Indonesia yg pernah menggunakan sistem ejaan Belanda: u = oe.
mata wang

Mengapa 'Mata' dan 'Wang/Uang'? Kalau sdr ke tempat jamuan khenduri, orang pernah bertanya lauknya berapa 'mata'. Makna di sini ialah 'jenis'. Mata adalah perkataan Melayu lama yang bermaksud 'jenis'. Dalam hal 'Mata wang', maksudnya ialah beberapa 'jenis wang/uang'.

Apakah pula makna 'wang/uang'?. Dalam konteks kefahaman sekarang 'wang' bermaksud 'semua alat2 bayaran secara umumnya'. Istilah ini merangkumi semua jenis alat bayaran daripada berbagai jenis logam (koin) dan kertas atau plastik (Note). Didapati perkataan ini tidak pernah wujud dalam teks Melayu lama abad ke-16-17 seperti Sejarah Melayu, Undang2 Laut Melaka atau Undang2 Kedah. Dalam teks2 tersebut hanya terdapat istilah2 Mas/Masa, kupang, pitis, tera dan perkataan 'belanja'. Semua bentuk mata wang lama itu disebut pada zaman dahulu sebagai 'mata belanja'.

Dianggarkan istilah 'wang' mulai wujud di alam Nusantara sejak selepas abad ke-17. Sebenarnya, terdapat istilah 'wang' secara khusus, iaitu nama bagi sejenis matawang PERAK yang ditempa oleh orang2 Belanda bernilai 2 STUIVER. (Tentang mengapa mata wang perak 2 Stuiver ini dinamakan 1 wang akan dijelaskan dalam nota yang lain). Mata wang bernilai 2 Stuiver (=1 Wang) ini amat populer dan sangat banyak dalam edaran. Masyarakat Nusantara amat dekat dengan mata wang ini. Untuk membeli barangan mereka akan bertanya 'Kamu ada 'wang' atau tidak?'; yang dimaksudkan 'adakah kamu mempunyai mata wang perak 2 Stuiver itu'. Lama kelamaan pertanyaan seperti ini menjadi umum, sehingga perkataan WANG berubah dan membawa maksud 'koin2 perak' semuanya untuk perbelanjaan harian.